Saturday, 17 December 2011

Utara maiiiiiiii

Hello Readership!


Minggu lepas,aku pi travel ngan family...Travel around utara ngan Cameron Highlands je....Nak travel jauh2 nun oversea sana tak cukup bajet...huuuhu...So,kat sini nak citer sikit 'experience' aku tu,OK!


First Day!
-Kami bertolak dari umah atuk kat K.Trg and terus menuju ke Perlis..Kitaorang pi sana lalu ikut banjaran Titiwangsa tu...ececece,Geografi la pulak....Masa dalam perjalanan tu,aik ada gajah la...Haha,ada gajah tepi jalan tengah makan apa entah,ofc makanan dia kut..Then,singgah kat tempat rehat kejap ambik angin.
bukan buang angin Perghh nyaman~ cam duduk kat banjaran Crocker lak,haha sejuuukk! Sampai Kuala Perlis, makan ikan siakap 3 rasa kat tepi jeti...Kecuuur air liurrrrr..Then,menginap kat homestay!


Second Day!
-Bangun pagi tengok luar homestay,wahhhhhhhhhhhh belakang umah ada sawah padi la!Then,apalagi posing maut ala-ala Nur Kasih gitu haha...After that,bertolak ke Wang Kalian yang terletak antara sempadan Perlis and Thailand...Kiranya cam percutian oversea la ni haha..Kebanyakkan peniaga tu sumer cakap bahasa Thailand,takpun guna dialek Kelantan...Aku tengok,duet pon guna mata wang thailand!Petang pulak,kitaorang singgah kat Gua Kelam,tapi tak le masuk lam gua coz ada kerja pembaik pulih akibat banjir.....Hampa  =_="  Then,menuju ke padang besar..Banyaknya Angry Bird!


Third Day!
-Lepas sarapan terus naik feri ke P.Langkawi..Lebih kurang 45 minit je dari Kuala Perlis..Sampai kat sana,kitaorang check in homestay area Makam Mahsuri...Petang pulak pergi naek 'Cable Car',panjang gilerrr barisan untuk naik...Lenguh kepala lutut ambe~ Malam tu,pergi jejalan area bandar and beli coklat..Tapi,ragu-ragu jugak masa nak beli tu pasal kebanyakkannya diimpot dari luar,so takde logo halal..


Fourth Day!
-Pagi tu pergi melawat makam Mahsuri..Best! Dapat information dari sorang mak cik ni,dia cakap ramai orang datang kat makam tu and buat benda2 kurafat...Masyaallah....Kekadang tu ada banyak pisang la kat area makam tu...Huh excited pulak dengar citer mak cik tu..Lepas tu,kaum ibu pi tengok pinggan mangkuk..Bosan,duduk kat tepi kaki lima luar kedai sambil berBUENO..Kasi air liur kuar skit,haha...Tetiba ann,ada sorang budak ni lalu and cakap...


"Mintak sedekah ekk?Kesian,nah ambik ni"

Dia bagi 20 sen kat aku! Malu plus kelakar plak hahahaha!Orang lalu lalang tu tengok semacam jer..kih kih~
Then,balik ke Kuala Perlis balik naik feri..Lam feri,tengok citer "Hijab"..Tengok separuh jalan jer...Potong stim betul la feri tu,nak turun feri tu ambik masa lama gakk,apsal tak sambung citer tu?Ada ke patut depa pi pasang lagu dangdut....Aisyyyyy

Fifth Day!
-Jalan-jalan sekitar Kedah.Pergi menara Alor Star,tinggi~ Dari atas menara tu,macam-macam aku teropong..Adik lelaki aku pulak nampak istana lama..Apa lagi,terus ajak ayah aku pergi usha2 istana tu..Dia ni bab-bab History memang minat gila-gila..Bagus-bagus!Kakakmu ini berasa amat bangga,uhuk uhukk.....
Then pergi tengok,memang istana lamaaaa la! Scary betul pasal istana tu dah terbiar...Akar-akar pokok pon tumbuh meliar dalam istana tu...Pak Cik Guard kat situ cakap dulu tempat tu adalah Istana,then penduduk sekitar jadikan surau tapi sekarang dah terbiar pasal atap sumer dah bocor..Adik aku ajak masuk dalam..Ramai gak family aku masuk...Tetiba ann,ada pelepah pokok jatuh lar,hehehe~pelik semacam
(malam tu,masa nak tidur aku macam feel something yg berkaitan dengan istana lama tu..Ayah aku pon sama!scary) Lepas dah puas melawat kitaorang pi Pekan Rabu pulak..Ramainya Angry Bird! After that, menuju ke C.Highlands~

Sixth Day!
-Ada kat Cameron,cam biasa je..Musim sekarang,strawberry mahal pasal kekurangan buah...Tapi suhu memang sejuuuuuuuk


Seventh Day!
-Tengahari tu,bertolak pulang~


Panjang jugak post ni,hehe...Bukan niat nak menunjuk-nunjuk tapi just to share experience.Suggest tempat2 menarik je...So,keep reading my post and thank you!
Kamsahamnida!

No comments :

Post a Comment