Saturday, 29 December 2012

Sujud Syukur

ok anak-anak,hari ni aku (apsal ckp aku dgn anak2 ni ) nak ajar,eh tak,nak share je tentang cara untuk sujud syukur.Well,ni sebab aku baru tahu cara dia.Serius cakap,memang tak pernah buat seumur hidup,huhu jahilnya aku.Sujud syukur ni adalah sujud sebagai rasa terima kasih atas nikmat yang Allah bagi atau bila terhindar dari bencana.


Tapi ada syarat kalau nak sujud syukur ni.Korang2 semua wajib:

a. Suci dari hadas besar dan kecil 
b. Suci dari najis sama ada kat badan, pakaian dan tempat 
c. Menghadap ke kiblat 
d. Menutup aurat 

Rukun sujud syukur:

1 Niat 
2 Takbiratulihram 
3 Sujud 
4 Memberi salam 

Cara laksanakan senang je,seriussss

Mula-mula kena niat.ikot la nak niat lam bahasa apa pun,tp kena lam hati je la.Pastu angkat takbir,Allahuakbar.Then sujud macam solat biasa.Lafaz dalam sujud 'SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALA ILAHA ILLALLAH HUWALLAHU AKBAR (3x)'.Doa la kita bersyukur atas kurniaan atau rezeki yang Allah bagi tu dalam hati.Last,duduk balik and bagi salam.Easy right?



Kamsahamnida!

No comments :

Post a Comment