Thursday, 25 July 2013

Home Sweet Home

Assalamualaikum,

Nak tahu tak minggu ni itew baru surf internet sekali.Media sosial ditinggalkan sepi.Bertujuan untuk mengurangkan ketagihan supaya masa dapat dimanfaatkan untuk membuat kerja-kerja sekolah yang telah kesunyian di dalam beg sekolah mahupun di bawah timbunan dibelakang meja study.Selain itu,saya juga ingin memanfaatkan masa saya untuk melipat baju yang kelihatan seperti timbunan salji Gunung Everest jika dilihat dari jarak jauh,skala 1:100km.Semua orang mesti bersorak membaca bait-bait ayat saya yang telah mengumumkan salji turun di Malaysia,namun hakikatnya tidak.Baiklah,saya akan menyambung entri saya malam ni,eh tidak kerana malam ini saya akan menggunakan segenap peluang yang ada untuk membuat homework addmath,mungkin.Kemudian aktiviti harian saya yang begitu sibuk akan diteruskan untuk menonton drama korea kegemaran saya yang dibintangi oleh Lee Jun Ki,bekas pakwe saya.Ops,seluruh media sudah mengetahui gosip gelap saya bersama Lee Jun Ki.Mungkin saya akan menghilangkan diri sementara menunggu spekulasi tentang diri saya dan Lee Jun Ki reda dan berada di Kota A.Landon,terlupa pula ingin mengeja perkataan Almond.Tidak mengapalah,saya sudah lewat,umi sudah menunggu di dapur untuk menyediakan juadah berbuka.Selamat Berbuka Puasa.



Kamsahamnida!

No comments :

Post a Comment