Sunday, 11 August 2013

Aku suka......

Aku rasa semua orang yang tengah baca post ni ada blog,tak kesahla takde orang baca pon,aku nak kasitau jugak..

Aku suka baca blog tentang kehidupan orang...
Aku bukannya nak busy body,tapi bila kita dapat tahu sesebuah pengalaman daripada kehidupan orang lain,kita pon dapat sesuatu pelajaran atau pengajaran daripada tu,bukankah pengalaman itu mematangkan diri kita?

Aku juga suka baca tentang pengalaman percutian orang,biar la aku meleleh air liur bila tengok gambar2 diorang travelling bagai nak rak

Aku jugak suka baca blog masakan,walaupun aku tak pandai masak,nasi goreng pon aku tak pernah buat.kesian kan

Blog tentang life kat universiti pun best.Tapi kalau aku tak faham atau tak minat dengan course2 yang diorag dok belajar tu,bosan la jugak.Takkan perkara yang tak tahu nak buat2 tahu plak.Akhirnya,say goodbye

Photography pon aku minat,tapi kalau diorang dok cakap pasal iso2 tu aku malasla,kito tadop DSLR supo demo.

Aku sebenarnya takdelah jahat sangat *eceh perasan baik,tapi aku tak berapa ar dengan blog2 ilmiah atau agama kalau diorang dok ulas sesuatu perkara tu panjang2.Aku akan start mengantuk,takpon aku scroll and baca part permulaan dan akhiran jek,tengah2 aku tak baca.Senang2 aku bukak je video Ustaz Azhar,dohla dialek teranung,ke gane boh?

Satu lagi blog cintan cintun,tak gemar.Aku bukannya anti-couple atau minda tak berkembang dengan pesat,tapi aku jenis tak jiwang.Aku memang akan ketawa mengalahkan orang yang ketawa.

???

Lagi..ememememem

Blog shopping,bwahahaha feveret boh feveret.

Blog yang lawak atau tak lawak semua aku suka.Kadang2 yang tak lawak ni lagi best tahu,sebab blog2 depa ada duk bincang tentang sesuatu perkara yang mempunyai maksud tersurat dan tersirat.DEEP.

Blog yang ada menyediakan soalan2 periksa tahun2 lepas,aku buka kalau ada kepentingan jelah.Bila ada cikgu tanya tentang fakta pape,nak wat PEKA,folio,nak periksa, terhegeh-hegeh LAH dok bukak blog2 pelajaran ni,kalau saje2 lepak,memang takdenya nak search.

Blog sastera Melayu satu lagi feveret port aku,nampak tak keaslian Melayu aku?Bukannya blog yang keseluruhan isi kandungan dia yang bahasa dulu2 tu,yang macam em em..yang camne ah aku nak cakap,lain kali ah aku terang sebab aku ada kat kampung ni,semua orang dok melintas depan aku sambil tengok2.Aku tengah busy tulis blog tahu,don't disturb me.Tengok dah datang sekor pusing2 kepala aku


Kamsahamnida!

No comments :

Post a Comment