Saturday, 23 November 2013

First Month Holidays

hai semua.Dah masuk bulan November,sat g nak umo tujuh belas dah.Nak tua dah.Dahlah tua,tinggi pon 157 cm je,jom melompat-lompat cam kangaroo kasi tinggi sikit haha lawak hambar.Result final exam 3A per 10 A ecece ,tapi lam 5 subjek killer tu yang kalau dapat A- pon hidung akan kembang semangkuk hanya mathmode je A.Happy?Happy gak la,aku dulu C,dulu-dulu plak D haha lembap la jugak sebab orang lain ramai A plus.Fail tetap ada,tak pernah kurang  dan lebih dari 2,kali ni bio tak fail dah kimia lak replace tempat dia n teman sejati dia tak lain tak bukan addmath.Gelabah wo tengok teacher Eli,ni pon check SAPS je tu yang tau result tu.Cg kimia lak kawan mak aku,memang tak la aku nak pi tanya kat cikgu.Aku ni malas nak buat latihan,memang aku ngaku.Sebab tu aku tak frust lebih2 sebab mmg aku dah tahu "sapa suruh ko jadik pemalas?"

(bayangkan ko bercuti kat Turkey)

Cuti ni aku tak pergi mana-mana destinasi yang jauh pon,paling jauh kampung kat Marang je.Sedih la jugak,tapi best la jugak.mula tambi.Adik aku baru berkhatan minggu lepas.Satu ag sebab ayah aku busy takle tinggal kerja and the most important oneee aku jadik pengutip hasil tanaman.HAA cayaalah Hazierah turun padang,pergi berkebun.Kutip kacang,timun,bagi ikan n ayam makan.Dah lama dah ayah aku start usahakan kebun ni,bulan 2 atau 3 camtu ar.Tapi ikan and ayam baru lagi start pelihara.Semalam masa aku pergi kebun bersama sepupu2 ku a.k.a penumpang kat rumah aku :P.Aku ni mmg geng dengan sepupu lelaki kategori kanak-kanak,ada ke sepupu bersize dewasa nak main and ikut perangai cam aku ni haha.Budak-budak ni termasuk adik aku cakap perangai aku tak serupa pompuan.Korang tak tahu along kau ni kat sekolah ayu gilaa haha (authentic story lol :P)

Pastu kan kat kebun tu aku start la kerja aku cam bese,pastu dah selesai semua,aku join diorang nak mancing.Irfan nama je duduk kampung,cacing pon geli nak letak kat mata kail.Alif si budak keyel pula dengan penampilan khas tampil berani mencocokkan cacing2 ke mata kail.Aku pon lempor (*maaf tak tahu nak guna istilah apa nama pon first time mancing) hujung joran tu ke dalam kolam yang telah dikorek.Pastu nampak cam tali joran tertarik aku pon turut menarik.haha,tapi tadak ikan pon,eksyen je.Pastu kan try lagi,then dapat IKAN KELI woooooooo.Pastu sumer gelabah tak tahu nak buat apa,memang kami takde tujuan pon pancing,tak hingin aku nak makan hasil tangkapan sendiri.Kesian tahu takk,nanti haram plak makan.Pastu abah lepaskan balik,tapi kesian gile kat keli tu,mata kail tadi tersangkut kat mata dia,pergh menyayat hati betul pastu dia masuk balik lam kolam.Aku pun lega.See walaupon aku pompuan tapi aku dapat ikan dulu hahaha,bye bye lah korang yang belum dapat.Bye nak pen-off dah walaupun tak guna sebarang pen pun.keling lagi.Akhir kata doakan tanaman n peliharaan kami sehat2 montok2 semua ye hahaha Assalamualaikum,may Allah bless you.


p/s: Betol la cakap Farhana aku tulis blog cam karangan je.
Kamsahamnida!