Tuesday, 10 February 2015

7th Feb yang bermakna,sebab tu panjang :P

Salam,hari Sabtu hari tu aku pergi interview TAME,binatang apa tu *kerutdahi.Hari Jumaat tu aku tidur rumah mak sedara kat Gombak,pagi sabtu tu bangun awal pastu tido pastu bangun pastu tido,pastu cepat-cepat siap,naik kereta kul 7,OMG apsal kasut aku lain sebelah ni,oh untuk makluman aku hantar kasut sekolah aku kat sorang pakcik ni kat Jalan Tar,minta jahit plus gam,kot,kot la.Pastu panik bayang la aku nak interview kat area Subang kot,dahla kul 7.30 pagi,kau rasa? Lari-lari pastu rembat kasut sport sapa ntah warna hitam,dahla tak pakai stokin.

Dalam kereta duk baca sikit2,orang nak interview camne sangat kan,dalam perjalanan aku geram abah aku bawak laju sebab pemandangan kat luar tingkap cantik sangat tapi tak sempat snap,oh kelakar sangat Hazierah,ko nak sampai kul berapa.Pastu parking,sampai Airport Subang.Pihak diorang suruh tunggu depan M'cD.Check nama,bayar 4ringgit tambang bas diorang then ambik pas dekat security airport,kerlas kau makjah.Sementara tunggu bas,abah aku beli makanan,belum breakfast huhu,excited gila tengok abah datang ngan plastik famous amos,omg sarapan aku cookies hari ni,tengok2 muffin pisang plus kacang cam gajus tapi ntah la,makan sikit je,tak biasa la pisang2 pagi2 ni,nasi lemak takde ke


Naik bas,sampai kat tempat diorang,briefing pendek,tak boleh ambil gambar and so on,naik van pulak,nak turun terhantuk kepala kat van pulak,dahla bunyi auchh,pastu orang tengok,ok fine.Daftar,pastu ujian rabun warna,ambil giliran interview,pastu briefing pendek lagi,pastu English Assesment,pastu ujian cam math plus physics plus cam permata pintar plus logik2 sikit.Pastu ujian cam pasal diri kita.Rehat jap lam sepuluh minit aku pergi kat kantin (tak tahu tu cafe ke apa),nampak abah pastu parents kena berkumpul sebab nak melawat sekitar,hangar aku tak tahu pergi ke tak.Abah tinggalkan aku dengan sorang abang senior yang dah nak habis belajar,borak-borak sebelum interview.Naik,aku duduk kat depan bilik interview,silap lagi,kena tunggu dekat library,masuk,duduk,awkward.Then,dia suruh duduk ikut panel yang akan interview kita,lebih kurang macam group la,giliran aku nombor 4 panel2.Yeay takyah alih tempat duduk pastu tetiba,sekeliling aku,kat meja tu semua lelaki,takde rasa nak nangis pun sebab aku sendiri yang pilih bidang ni.

Aeroplanes everywhere

Try bercakap ngan orang sebelah,baca nota sikit letak muka atas meja,lepas tu baru borak2 ngan orang kat meja tu,ada yang dah belajar,mostly group aku lepasan SPM,tinggi-tinggi semua makan apa pun tak tahu la.Tiba giliran aku ahli group cakap goodluck hoho tq korang.Disebabkan lapar,aku makan balik muffin tadi sebab,perut aku akan berbunyi dan tak dapat bayang la kalau tengah interview dia buat hal.Masuk nak interview,aku jadi cam blank,dia suruh bagi sijil,aku duk introduce yourself,syok sendiri bak hang.Pastu dia tanya aku tahu tak requirement nak ambik kos tu,aku terang la bla bla.Sebenarnya aku tak pasti sangat requirement sebelum tu sebab susah nak cari information pasal ni.Physics aku la tak lepas sebab atleast dia nak B and I got C.Untuk LAME boleh la kot.Yang aku ingat dia tak tanya pun nama,asal usul aku,dan soalan cliche tapi dia cam nak tengok sama ada aku ni memang betul2 lasak dan boleh buat kerja ke tidak,ada beberapa soalan je aku ingat

suruh aku bukak nat apa ntah,memang kecewa tak terbukak pun

pastu aku ada terang pasal Bernoulli,Aeroplane parts,

Aku terang aku suka tools dan biasa tengok ayah baiki kereta,pastu dia tanya pernah ke tolong ayah tukar tayar,aku jawab tak pernah pastu dia desak lagi dan tanya cam "DAH KENAPA TAK PERNAH TOLONG?" seriously dok tau nok jawab mende -_-

soalan paling aku tak leh goreng,dia tanya pasal line apa ntah,maksud dia pun aku tak faham

satu ag "what's the difference between this engine,and this?" Dia tanya pasal Firefly kot,kalau mas ada la aku study sikit-sikit.Last sekali, "I dunno"

Nak keluar tu aku tanya dia 3 soalan,antaranya soalan enjin tadi tu,minda aku tak tahu la kemana.Keluar dengan kecewa,ada budak perempuan tu dia kena nyanyi,berlakon,bagi aku tu tough tapi tak tensyen sangat sebab boleh lengah-lengahkan masa kan,pastu baru aku perasan dalam panel 2 aku je perempuan dan the only girl yang kena interview oleh diorang.Apapun hari yang tensyen dan menyeronokkan,happy sebab selama ni aku duk tengok lam youtube,facebook dan website je diorang semua tu and now diorang depan mata dahla yang interview tu antara bos besar,mana nak dapat weh,pengalaman.Nak balik borak ngan kawan-kawan,ramai jugak la,dalam group tu yang duk sebelah kerusi dari MRSM,sekolah agama,depan aku Zakwan,kawan dia Amin SBP mana entah dia cakap SASER pastu alam shah,mostly mrsm ngan SBP,nak balik tu saling ber-goodluck pastu ada yang tanya aku sekolah apa,cakap la premier,dia pun "Oh",aku tahu dia pending tu,naseb dia tak cakap "eh sekolah apa tu?"  Memang kurang ajar namanya.Dia dari Alam Shah,nama dia aku tak tahu.Aku intai jugak Kak miey kot2 terjumpa, pastu teringat hari sabtu maybe cuti,Kak miey wassap tanya jumpa tak Najmi ngan Kak Alyn,sebab diorang ada sana,oh tapi bukan rapat pun haha.

Dan sekarang ni tunggu je la result,aku betul-betul nak masuk situ,tapi kalau takde rezeki,Insyaallah tahun depan try lagi,abah cakap setahun sekali je kalau dah interview,memang susah nak masuk sebab pernah sekali tu,40 orang datang interview,semua dia tak pilih.I hope I can be LAE one day,congrats kepada sesiapa yang akan dapat,wish you goodluck and hope we can meet again Insyaallah.



Kamsahamnida!

No comments :

Post a Comment