Saturday, 2 July 2016

Student,no more.bajet

Assalamualaikum.Lama tak update blog.Bertangguh dari sehari ke sehari last-last malas,terkubur,mereput.Dah dua bulan sejak habis matrik,sekarang cuti panjang huhu nikmat yang tak terhingga weh.Result matrik dah keluar,UPU belum lagi mungkin dalam bulan lapan.First month,bulan 5 cuti aku duduk rumah je,mula-mula nak kerja tapi tak nak pergi cari kerja,pemalas bak hang! Duduk rumah kerja ngan parents bersih homestay,boleh la gaji sikit di samping mengeluarkan toksin dalam badan.Akhir bulan 5 aku pergi jejalan kat Indon,Alhamdulillah best tapi sehari sebelum balik,aku demam,tu part yang tak berapa best,aku rasa cam makanan tak berapa digest dan makan tak on time sebab macam kena gastrik dulu,macam masuk angin dalam perut pastu guling2 atas katil.Hanya mampu tengok orang bergambar,aku duduk atas kerusi je,huhu.

Lepas balik Indon,bapak saudara aku masuk IJN,ada masalah jantung dan buah pinggang,aku teman sepupu aku jaga ayah dia sebab kan dah bukak sekolah dan orang lain kerja.Malam dalam pukul 9 lebih,kami angkut katil,tidur dua orang tepi katil Abah (Pak sedara aku).Sahur,mula2 kami pergi kedai makan,tapi segan semua pelanggan lelaki,last2 delivery suruh orang kedai hantar,satu lagi sebab takut,kami dua orang je perempuan drive pagi2 buta cam tu.Lepas subuh,tidur balik,buruk perangai,sedar-sedar bila nurse datang secara tetiba tarik langsir dengan rakus -_- .Kalau bosan sangat,tengahari pergi melepak mana-mana mall cuci mata dengan sepupu aku,dengan tak sedar dirinya report internship dia tak siap2,student engineering memang pemalas ke lol.Petang-petang pulak dalam pukul 4 kami start cari makanan berbuka puasa,Sekali je beli makanan dekat dalam IJN untuk berbuka,dia ada buat macam bazar tapi sikit je meja,cuba untuk faham ok.Kalau tak rajin kami melilau di sekitar belakang hospital tu je la dekat Kampung Baru.Kalau rajin,mwahahaa naik tanduk.

Dietition akan bagi satu list makanan,dan pesakit akan pilih makanan dia nak,kau nak spaghetti?ikan salmon?ikan masak nyonya?tick je dekat situ walaweh


Dalam 2 minggu lebih,aku cakap nak balik rumah,sejak balik Indon terus duduk KL,huhu lama tak jenguk bilik kat rumah dan Alhamdulillah kebetulan pak sedara aku dah boleh discharge tapi kena masuk balik after raya sebab kesan ubat kuat sangat dan belum dapat operate.Pengalaman yang best,hampir hari-hari tengok orang nangis,berkenalan dengan uncle-uncle dalam wad,sebab aku bukan orang yang friendly sangat jadi bila dapat communicate dengan orang luar,aku rasa tu pengalaman yang sangat manis,they are very friendly,keluarga diorang pun selalu jenguk,mat saleh handsome pun ada jugak :p ,

kalau time pak sedara aku takde dekat katil dia,mula la kezen aku bajet jadi nurse kemas katil sebijik macam nurse selalu buat dari kemas cadar sampai la adjust ketinggian katil tu guna remote,dengan aku sekali kena terlibat,perempuan ni dah kenapa haha.Oh lupa nak bargiteuww kitaorang pergi bazar pastu aku jumpa Tun Mahathir,bergambar sakan lulz sebab time tu orang tak bergambar ngan beliau.That's all life update.Serious tadi mula-mula nak post satu perenggan je haha,bye see yaaa.
Kamsahamnida!

No comments :

Post a Comment