Wednesday, 3 August 2016

Second time to Indonesia

Haritu aku pergi Indonesia.Kena buka itinerary balik sebab tiap kali orang tanya berapa hari pergi,aku memang tak ingat.Kami pergi on 28 Mei sampai 31 Mei,4 hari 3 malam,jap je huhu.28 Mei hari sabtu,kami bertolak ke Kl then ambik adik dekat Shah Alam.Abah pecut sebab dah Aina dah nangis ingat takda orang nak ambik dia kat asrama lulz.Lepas tu kami terus naik ERL untuk ke KLIA2,kalau ikutkan harga tiket ERL and parking dekat airport sebenarnya lebih kurang untuk bajet family,tapi kalau sorang2 better naik ERL untuk jimat.

Anyong~~



Takda orang sebab pagi 

yep,kami tidur dekat airport hahahaha sebab flight pukul 7,so nak bagi smooth,ramai-ramai ni kang ada kena tinggal

Kami sampai Soekarno Airport, Jakarta dalam pukul 9 lebih,sarapan nasi lemak dalam flight.Mula2 plan nak pergi Taman Mini Indah dekat Jakarta,tapi bapak supir nya bilang nanti macet,jammed jadinya harus ke Bandung terus.Kejang bontot duduk dalam van,tak pernah lagi aku tempuh jammed macam tu,bayangkan dalam pukul 5 lebih baru sampai dekat rumah kain -_- so kalau nak pergi bandung baik suruh pilot landing dekat bandung terus.

Ni rumah kain,sorry Kak Ja takda gambar proper XP 

Ni second day,tidur Homestay Ibu Yanti,cantik and selesa :)

Second day,kami start journey dengan ke kedai kain Bandung exclusive,sementara tunggu pasar baru nak bukak.Kat sini untuk yang tak berduit macam aku ni baik ambik gambar dengan patung baju sudah,tunggu kaya dulu baru boleh beli kain mahal hoho .

menu kami pagi2 ayam penyet,abang waiter yang ambik gambar ni muka mcm pelakon sinetron,tapi udah ada cewek sedih sobs.

Btw,ni dekat Pasar Baru Bandung,best untuk shopping.sampai situ,ada 2 orang abang tukang guide takut sesat,bila nak balik pandai2 la bagi duit sikit kan,orang dah tolong kita.Yang paling tak boleh lupa dekat sini,penjaga tandas ingat aku nak tawar menawar harga masuk tandas dengan dia sebab dia sebut "harga pas" maksudnya harga mati,tak boleh kurang.sadis sekali hidup ini.

Kami teruskan perjalanan ke Jalan Cibaduyut and Jalan Cihampelas.Dekat sini boleh dikatakan banyak barang branded,kalau convert duit malaysia,kasut ngan handbag harga dalam ratus-ratus jugak la,ada je yang murah (kot) lol.Dekat sini ada Waliband gred AA tengah-tengah nak membeli dia muncul kat belakang sambil nyanyi-nyanyi.erk bunyi macam seram.



And this is Kartika Sari punya kedai,brownies dia sedap!

With Kak Ana yang nak kawen dah huhu

3rd day,vroom~~

Menuju ke Puncak,Bogor.Breakfast beli dekat Indomart,macam 7E la tapi best gila sebab barang dia murah.Aku dengan umi asal masuk Indomart je beli cheese.



Singgah Kawah Putih,kena naik van oren ni untuk sampai kat atas


Tadaaaaaa Kawah Putih Ciwidey,dekat sini bau belerang kuat kena pakai mask dan ada banyak mitos.



koya ciket~~



Kak Sah

Makan dekat restoran tepi sawah


Masa ni aku dah start tak sihat,boleh pulak sepupu aku makan mi indon+nutella, -_-







demam huhu

lepas sarapan,terus bertolak ke Jakarta.

Aku rasa rugi gila sebab sampai lewat dekat Alfa Resort ni tapi check out awal.Kawasan sekitar ni ramai orang Arab,Supir (pemandu) kami,Encik Aris cakap memang dari dulu pendatang arab berkampung kat sini.Macam-macam ada kat sini,flying fox depan villa,court basketball,kolam renang,kuda.ergh sayangnya tak sempat.

Kami sampai agak awal,pastu pak supir cadang pergi dekat satu tempat shopping ni,bagi masa dalam 2 jam camtu, terkejar-kejar beli barang haha.Takda gambar,rushing sangat katakan.Tapi compare to pasar baru,kat sini agak mahal.

nak muntah nak muntah nak muntah

Flight kami delay,jadi sampai Malaysia malam.Before flight,muntah lagi.Otw balik naik Air Asia Indon,makanan pun Indon,tapi bersyukur gila aku dapat nasi lemak Malaysia,dah tak lalu oi makan ayam penyet.Balik rumah 3,4 hari aku jadi cam muak ngan nasi,aku rasa sebab aku makan banyak nasi dekat Indon,nasi putih dia lain sikit,sedap.Conclusion,trip kali ni best lagi dari Medan dulu.Tq kezen merangkap tourguide kami hehe.Pak supir pun sporting!Kali ni souvenir dah tak hilang tapi kamera hilang,sebab tu gambar kat atas kebanyakan bukan aku ambik.Sayangnya gambar hilanggggg.That's all,sorry post panjang,night!


Kamsahamnida!

No comments :

Post a Comment